FEBRUARI 2023

IKS, PKS Antara Penyumbang Ekonomi Negara


KUCHING: Kerajaan Sarawak menekankan kepada pembinaan kawasan perindustrian dan premis perniagaan di luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ini bagi menyediakan kemudahan asas terbabit kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia baik untuk pertumbuhan ekonomi negara susulan 98 peratus daripada perniagaan di negara ini melibatkan peniaga IKS dan PKS,"katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan

Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan

Pembangunan Usahawan Sarawak, Dr Ripin Lamat.

Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Usahawan Sarawak yang melibatkan semua agensi bagi menyelaraskan semua program IKS dan PKS.

“Menerusi kunjungan hormat hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak bakal mempertingkatkan lagi penyelarasan dan koordinasi tersebut bersama Kerajaan Persekutuan,”katanya.

Sumber dari : Jiwa Bakti